Sales
HRD Prog No 10001446087 Tarikh & Masa 22-23 Oktober 2025, 9.00 pagi – 5.00 petang Lokasi Asian Banking School
PENGENALAN
Kertas cadangan dan laporan ialah dokumen penting dalam sesuatu program. Kertas cadangan disediakan sebelum sesuatu program dilaksanakan, manakala laporan disediakan semasa atau selepas program dilaksanakan. Dalam kursus ini, peserta akan mempelajari aspek tatabahasa, laras bahasa, format penulisan dan kaedah pengolahan isi kertas cadangan dan laporan. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari.
PENGENALAN
- Meningkatkan kemahiran dan keterampilan penulisan dalam bahasa Melayu khususnya dalam penulisan kertas cadangan dan laporan
- Memberikan maklumat tentang kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu dalam penulisan kertas cadangan dan laporan
- Memahami gaya penulisan kertas cadangan dan laporan yang baik dan berkesan
KUMPULAN SASARAN
Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.

Programme Structure
KANDUNGAN:
- Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan
- Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan
- Laras Bahasa
- Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan
• Pengenalan
• Format Penulisan
• Pengumpulan Maklumat
• Pengolahan Isi - Latihan dan Pembentangan
Fees
Yuran
RM 1,300 seorang
*Yuran tertakluk pada cukai perkhidmatan (8%)
Meet The Expert
Norliza binti Abu Bakar
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Puan Norliza merupakan seorang profesional yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan; berlatar belakangkan akademik yang kukuh dan pencapaian kerjaya yang luas. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dari UKM dan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Melayu dari UPM. Beliau ialah mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, berperanan sebagai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan diiktiraf sebagi Guru Cemerlang.
Pelantikan beliau sebagai Munsyi Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2014 dan Jurulatih Bertauliah oleh Kementerian Sumber Manusia memperkukuh kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang kebahasaan. Kepakaran beliau dimanfaatkan oleh sektor kerajaan dan swasta serta institut pengajian tinggi di seluruh negara melalui kursus-kursus peningkatan bahasa dalam penulisan pelbagai dokumen rasmi. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Editor Luar dan Panel Peningkatan Mutu Bahasa untuk pelbagai teks terbitan DBP
serta telah menghasilkan penulisan yang berkaitan dengan bahasa dan pengajaran bahasa.
Additional Information
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:
ABS : training@asianbankingschool.com
No. Telefon : +603-2701 7822