ABS | Program Awam KURSUS PENULISAN PROFESIONAL DOKUMEN RASMI (SURAT RASMI)

Short Course

17 – 18 October 2024 | 9.00 a.m. – 5.00 p.m.

Registration Deadline: 7 October 2024

Overview

Surat rasmi ialah bentuk penulisan profesional yang ditulis mengikut laras bahasa dan format tertentu. Surat mempamerkan citra sesebuah organisasi atau individu. Penulisannya yang baik sama ada dari segi pengolahan isi, bahasa mahupun format, akan mempamerkan imej yang tinggi, dan mesej dapat disampaikan dengan berkesan. Bagaimanakah cara untuk menulis surat yang baik, betul dan berkesan? Kursus ini memberikan panduan kepada peserta kaedah penulisan surat rasmi yang baik, betul dan berkesan dari segi bahasa, format dan garapan idea. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari.

Recommended For

Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.

Learning Format

In-Person Training

ABS | Program Awam KURSUS PENULISAN PROFESIONAL DOKUMEN RASMI (SURAT RASMI)

Programme Structure
Dates
Fees
Meet The Expert
Additional Information

For Inquiries

Sales

+603 2712 8882

Programme Structure

Day 1

    • Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan
    • Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan
    • Penulisan Surat Rasmi
        -Pengenalan

 

      1. -Format

 

      1. -Kata Sapaan

 

      1. -Laras Bahasa

 

    1. -Pengolahan Isi

Day 2

    • Latihan dan Pembentangan
        -Ceramah

 

      1. -Tayangan slaid/media

 

      1. -Soal jawab

 

    1. -Latihan/amali

 

Dates

17 – 18 October 2024

Fees

Single Participant

RM 1,300 seorang
*Yuran tertakluk pada cukai perkhidmatan (8%)

Meet The Expert

 


Norliza binti Abu Bakar
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Puan Norliza ialah seorang profesional yang sangat berpengalaman luas dalam bidang pendidikan; berlatar belakangkan akademik yang kukuh dan pencapaian kerjaya yang luas. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dari UKM dan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Melayu dari UPM. Beliau merupakan mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, berperanan sebagai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan diiktiraf sebagi Guru Cemerlang.

Pelantikan sebagai Munsyi Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2014 dan Jurulatih Bertauliah oleh Kementerian Sumber Manusia memperkukuh kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang kebahasaan. Kepakaran beliau dimanfaatkan oleh sektor kerajaan dan swasta serta institut pengajian tinggi di seluruh negara melalui kursus-kursus peningkatan bahasa dalam penulisan pelbagai dokumen rasmi. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Editor Luar dan Panel Peningkatan Mutu Bahasa untuk pelbagai teks terbitan DBP serta telah menghasilkan penulisan yang berkaitan dengan bahasa dan pengajaran bahasa.

Additional Information

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:
ABS : training@asianbankingschool.com
No. Telefon : +603-2701 7822