Scheduled iLMS Maintenance: Temporary Access Limitations

Please be informed that iLMS will undergo an upgrade for the Online Learning Content (OLC) platform.

This is scheduled for 5:30 PM, 18 July 2025 (Fri), to 8:00 AM, 21 July 2025 (Mon).

Read More

KURSUS PENULISAN PROFESIONAL DOKUMEN RASMI (SURAT RASMI)

Public Short Course

HRD Prog No 10001446628
Tarikh & Masa 3-4 September 2025, 9.00 pagi – 5.00 petang
LokasiAsian Banking School

PENGENALAN

Surat rasmi ialah bentuk penulisan profesional yang ditulis mengikut laras bahasa dan format tertentu. Surat mempamerkan citra sesebuah organisasi atau individu. Penulisannya yang baik sama ada dari segi pengolahan isi, bahasa mahupun format, akan mempamerkan imej yang tinggi, dan mesej dapat disampaikan dengan berkesan. Bagaimanakah cara untuk menulis surat yang baik, betul dan berkesan? Kursus ini memberikan panduan kepada peserta kaedah penulisan surat rasmi yang baik, betul dan berkesan dari segi bahasa, format dan garapan idea. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari.

OBJEKTIF

  • Memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penulisan surat rasmi
  • Memberikan maklumat tentang kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi
  • Meningkatkan kemahiran dan keterampilan penulisan dalam bahasa Melayu khususnya dalam surat rasmi

KUMPULAN SASARAN

Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.

KURSUS PENULISAN PROFESIONAL DOKUMEN RASMI (SURAT RASMI)

For Inquiries

Sales

+603 2712 8882

Programme Structure

KANDUNGAN

  1. Latihan dan Pembentangan
    1. Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan

    1. Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan

    1. Penulisan Surat Rasmi
        • Pengenalan

        • Format

        • Kata Sapaan

        • Laras Bahasa

        • Pengolahan Isi

  1. Latihan dan Pembentangan

Fees

Yuran

RM 1,300 seorang


*Yuran tertakluk pada cukai perkhidmatan (8%)

Meet The Expert


Norliza binti Abu Bakar
Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka

Puan Norliza merupakan seorang profesional yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan; berlatar belakangkan akademik yang kukuh dan pencapaian kerjaya yang luas. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu dari UKM dan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Melayu dari UPM. Beliau ialah mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia, berperanan sebagai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan diiktiraf sebagi Guru Cemerlang.

 

Pelantikan beliau sebagai Munsyi Dewan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2014 dan Jurulatih Bertauliah oleh Kementerian Sumber Manusia memperkukuh kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang kebahasaan. Kepakaran beliau dimanfaatkan oleh sektor kerajaan dan swasta serta institut pengajian tinggi di seluruh negara melalui kursus-kursus peningkatan bahasa dalam penulisan pelbagai dokumen rasmi. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Editor Luar dan Panel Peningkatan Mutu Bahasa untuk pelbagai teks terbitan DBP
serta telah menghasilkan penulisan yang berkaitan dengan bahasa dan pengajaran bahasa.

Additional Information

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:
ABS : training@asianbankingschool.com
No. Telefon : +603-2701 7822