Scheduled iLMS Maintenance: Temporary Access Limitations

Please be informed that iLMS will undergo an upgrade for the Online Learning Content (OLC) platform.

This is scheduled for 5:30 PM, 18 July 2025 (Fri), to 8:00 AM, 21 July 2025 (Mon).

Read More

KURSUS PENYEGARAN BAHASA MELAYU

Public Short Course

HRD Prog No 10001445641
Tarikh & Masa 21 Ogos 2025, 9.00 pagi – 5.00 petang
LokasiAsian Banking School

PENGENALAN

Kursus ini memberikan tumpuan pada aspek tatabahasa bahasa Melayu selain aspek ejaan dan peristilahan. Tatabahasa merupakan aspek penting dan menjadi asas dalam penghasilan penulisan dan pertuturan yang  baik dan berkesan. Dengan menguasai tatabahasa, kesilapan dalam penulisan dapat dikurangkan dan peserta dapat menggunakan tatabahasa yang betul dalam urusan rasmi harian.

OBJEKTIF

  • Menyegarkan pengetahuan peserta tentang penggunaan bahasa Melayu khususnya yang berkaitan dengan aspek ejaan, peristilahan dan tatabahasa
  • Memberikan maklumat tentang kesalahan bahasa yang lazim dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu
  • Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul sama ada dalam komunikasi lisan mahupun penulisan

KUMPULAN SASARAN

Warga sektor perbankan dan kewangan, syarikat insurans dan pengendali takaful yang ingin meningkatkan kemahiran berbahasa dan mutu penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi sektor perkhidmatan kewangan.

Scroll for more information

KURSUS PENYEGARAN BAHASA MELAYU

For Inquiries

Sales

+603 2712 8882

Programme Structure

KANDUNGAN:

1) Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu:

  • Ejaan kata jati bahasa Melayu
  • Ejaan kata serapan daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris

2) Peristilahan Bahasa Melayu:

  • Kata umum atau istilah
  • Peristilahan dan bidang ilmu

3) Kesalahan Tatabahasa yang Lazim:

  • Bentuk kata (kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk)
  • Imbuhan dan makna (jenis imbuhan untuk kata nama, kata kerja dan maknanya)
  • Bentuk dan ragam ayat
  • Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu (pengaruh laras/gaya bahasa asing dalam bahasa Melayu)

 

Fees

Yuran

RM 800

*Yuran tertakluk pada cukai perkhidmatan (8%)

Meet The Expert


Abd. Karim A. Bakar
Mantan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Bahasa Melayu, DBP

Encik Abd. Karim A. Bakar berkhidmat selama 37 tahun di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bersara pada bulan Oktober 2014 sebagai Ketua Bahagian Penguatkuasaan Bahasa Melayu. Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2010. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Sejarah dan Kesusasteraan dari Universiti Sains Malaysia, beliau turut mengikuti latihan profesional dalam bidang penerbitan di Oxford, London (1998) dan Perth, Australia (1999).

Additional Information

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi:
ABS : training@asianbankingschool.com
No. Telefon : +603-2701 7822